Khairy Writer: Adakah aku layak..?

You're Welcome

Followers

05 May, 2012

Adakah aku layak..?

Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi..

Hari Isnin ni aku bakal menempuhi ujian akhir Semester 2 di Asasi UNIMAS. Tak sangka, masa berlalu begitu cepat, pantas ibarat hujan lebat yang membasahi beg aku pagi tadi. Siapa sangka, pada waktu yang sama aku dipanggil untuk temuduga PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SK) pada hari tersebut. Jika dibilang, temuduga ini merupakan temuduga ketiga pada pertengahan tahun ini.



Kegigihan dan Kejujuran
Tanpa kedua-dua aspek tersebut, seorang guru pendidikan khas mungkin tidak mampu berdepan dengan pelbagai kerenah dan kesukaran menjadi pendidik kepada kanak-kanak istimewa.

Sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga tersebut, aku buat kaji selidik berkaitan latar belakang dan kisah-kisah kehidupan seorang guru pendidikan khas:


1. Cikgu Nufadzillah


"Saya pernah berputus asa dalam mengajar kanak-kanak istimewa ini dan tanggungjawab yang harus dipikul juga terlalu berat.

"Bayangkanlah, ada pelajar yang baring di luar kelas, ada yang memukul dan menggigit saya kerana tidak memberi perhatian terhadapnya dan pelbagai cabaran lain," kata Nurfadzilah yang memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1994 di sekolah pendidikan khas cacat pendengaran di Jalan Peel, Cheras sebelum beralih ke Sekolah Menengah Danau Kota, Setapak dua tahun lalu.

Dapatkah aku buat perkara yang sama nanti..?

Tambahnya, cabaran paling berat yang pernah dihadapinya adalah apabila seorang pelajar membuang air besar di dalam kelas.

"Di sinilah kesabaran sebagai guru teruji. Dengan meletakkan diri sebagai seorang pendidik, pertimbangan dan tindakan yang wajar perlu saya dahulukan," katanya yang kini begitu menyayangi kerjaya sebagai guru pendidikan khas itu.

Berdepan dengan pelbagai risiko, beliau memotivasi diri dengan mengingatkan dirinya bahawa rezeki adalah pemberian daripada Allah.

"Adakalanya bidang ini pun ada permainan tersendiri. Adatlah, bukan semua kanak-kanak istimewa dapat melalui fasa perubahan yang cepat.

"Namun, semua itu merupakan cabaran yang harus saya lalui," katanya yang memiliki pengalaman mengajar selama 15 tahun itu.






Lazimnya menjaga anak istimewa memerlukan kesabaran yang berlipat ganda. Ini kerana mereka mempunyai perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk.

"Tidak kira apa tanggapan orang, ibu bapa harus yakin bahawa anak sindrom Down, hiperaktif, terencat akal, autisme atau gangguan obsesif kompulsif (melakukan sesuatu berulang kali) masih boleh diasuh untuk berdikari.

"Perkembangan anak bermasalah ini lebih baik dan memberangsangkan jika ibu bapa dapat menerima hakikat dan mencari jalan dengan menghantar anak ke sekolah khas secepat mungkin," kata anak sulung daripada empat adik-beradik itu.



Sapa nak jadi Cikgu macam saya..?? (saye2....*Khairul*)

2. Cikgu Alizah Abdul Malek

“Sayalah Ultraman Gaia cikgu,” kata seorang pelajar dengan begitu bersungguh-sungguh sambil melakukan aksi watak adiwira kartun itu sebaik sahaja tiba ke sekolah hari ini.


Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif itu merupakan salah seorang pelajar pendidikan khas yang sering meluru masuk ke bilik Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong, Alizah Abdul Malek tidak kira masa.

Alizah bagaimanapun secara spontan terus melayan kerenah pelajar berkenaan tanpa sedikit pun menunjukkan rasa marah

Pegang benda ni betul2, nak jadi doktor..kan?
“Ya.. Cikgu tahu kamu Ultraman Gaia, tetapi sekarang waktu kamu belajar, jadi kamu kena masuk dalam kelas,” pujuk Alizah dengan lembut.

Itulah antara cabaran yang harus dilalui oleh guru pendidikan khas yang pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi dan menurutnya, tugas itu sebenarnya begitu unik dan menarik malah tidak terhad kepada di dalam kelas semata-mata.

“Saya bukan sahaja mengajar di sekolah, malah saya pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah.

“Alhamdulillah selepas dia mendengar suara saya murid berkenaan bangun dan kemudiannya tidak berapa lama dia datang ke sekolah dan mengucapkan selamat pagi kepada saya,” cerita Alizah sambil tersenyum.

Beliau yang berpengalaman sebagai guru biasa sebelum ini memberitahu, tugas mengajar pelajar pendidikan khas ini amat berbeza dan lebih mencabar.

Alizah memberitahu, secara kesimpulannya tugas guru pendidikan khas ini sebenarnya mempunyai 1,001 macam cerita.

Katanya, selain berhadapan pelbagai tingkah laku pelajar mereka juga berhadapan tindakan agresif sesetengah pelajar yang perlu ditangani dengan baik.

“Ada pelajar yang terlalu aktif pernah hilang menyebabkan guru-guru terpaksa mencari hingga ke bandar Inanam.

“Ada juga yang memanjat pokok dan kita terpaksa memujuk supaya pelajar berkenaan turun dengan selamat,” katanya.

Tambah beliau, menjadi guru pendidikan khas juga memerlukan setiap guru melayani kerenah pelajar dengan penuh berhemah.

Katanya, kaedah memujuk adalah cara terbaik berbanding memarahi pelajar yang boleh menyebabkan mereka bertindak agresif.

Dalam pada itu, seorang lagi guru, Donny Chin berkata, mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran.

Katanya, ini kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

“Selain itu kita kadangkala perlu berhadapan sikap sesetengah ibu bapa yang menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap guru untuk mengubah anak-anak mereka.

“Kita tahu had anak mereka bagaimanapun kita mencuba sedaya upaya memberi yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, seorang ibu, Dayang Kianhing, 40, berkata, prestasi yang ditunjukkan anaknya selepas mengikuti program ini amat memberangsangkan.

Malah katanya anaknya yang menghadapi masalah hiperaktif dan pertuturan juga telah menunjukkan minat belajar setelah dihantar ke SMK Kolombong.

“Saya lihat anak saya kini bukan sahaja boleh mengurus diri tetapi sudah pandai menghafal surah al-Fatihah dan bersolat.

“Saya juga bersyukur kerana anak saya lebih berminat ke sekolah berbanding sebelum ini semasa bersekolah di Labuan dan Sandakan,” ujarnya.


Adakah aku layak..? Rata-rata kisah cikgu pendidikan khas yang aku baca menceritakan kisah-kisah berkenaan cabaran, duka, perit dan tak ada pun yang manis.. Kadang-kala aku berasa sedih melihat apa yang sudah dilalui oleh cikgu-cikgu pendidikan khas.


Di hati aku terdetik, sekiranya suatu hari nanti aku menjadi seorang cikgu yang berjaya, apakah aku tetap gigih seperti mereka? apakah aku dapat menjadi seorang guru yang baik? 


Khairul pun terfikir....siapa yang nakkan boyfriend dia seorang guru pendidikan khas. Walaupun memiliki gaji dan elaun yang besar, tak ramai wanita di sana yang nak kat aku nanti...


Apa2 pun, Khairul! Buat yang terbaik.... Janganlah apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


DOA+USAHA SUPER+TAWAKKAL=KEJAYAAN!


insyAllah... Ameen





No comments:

Post a Comment

Leave your comment :)

Blogger Widgets