Khairy Writer: Jalan2 sekitar Waterfront n Saat Bermain bunga api...

You're Welcome

Followers

19 August, 2011

Jalan2 sekitar Waterfront n Saat Bermain bunga api...

Hari ni hari last exam...kertas English, so maknanya Writer dah tak perlu bingung pasal nak stay up sampai jauh malam lagi macam aritu. Overall, paper untuk midterm ni memang menyengat. Susah sangat2 especially exam Maths. Walaupun, 8maths time SPM A+, exam kali ni lebih susah dan Writer masih bingung berapa agaknya markah lepas letcurer semak, Mr Alif. Tulisan Writer dalam tu pun memang cincai, cakar ayam, lintang-pukang macam ular..harap Mr Alif boleh semak kertas tu.
Exam memang stress habis..
Selain Maths, kertas Physics pun susah jugak. Tapi, alhamdulillah Writer boleh jawab hampir semua dalam masa 2jam. Tapi tak macam time sekolah menengah dulu, lepas exam tidur....dah siap paper tidur, Kat universiti ni lain sikit, lepas habis exam boleh blahh jauh2...takde org kesah pun. Best kan?? Mula2 Writer pun heran jugak tengok budak dah blahh awal2 sedangkan ada 30minit terakhir nak check jawapan. Tapi, last2 Writer join menumpang sekaki...habis awal. Macam psycho pelajar lain ada jugak..sori lah
Lepas habis paper pertama,,, Writer bersama kekawan Writer pergi jalan2 sekitar Waterfront nak cari kek lapis Dayang Salhah, Mira Cake House dan byk lagilah. Maklumlah, raya dah nak dekat. Mestilah ada ole2 nak bawak balik kampung kan? 
Company ni milik abg roomate aku...sedap2 kek lapis MCH (*echo)
Dalam kes ni, Writer just sebagai pemandu arah je...kat mane kedai? mane tempat solat? berapa harga naik tu naik ni? Tapi, certain bende, Writer tetap jugak tak tahu sedangkan dibesarkan kat Sarawak. Sebagai contoh, kek apa paling sedap kat Dayang Salhah? Yang tu, Writer tak berani nak jawab. Pasal lain org lain selera masing2. Bagi Writer, kek lapis semua tak sedap kecuali satu je..... Kek lapis Coklat Cheese. Kalau nak makan kek ni, jangan makan banyak sangat takut2 rasa mual, kalau muntah rugilah kan.
Dah habis raon2 tengok souvenir, rase kek lapis Dayang Salhah n Mira Cake House..kami pun duduklah kat Kpg Boyan sambil melihat panorama sekitar seberang Waterfront...Kuching memang indah malam2 especially dengan kewujudan kedai2 makan di sepanjang pejalan kaki. So, kami pun buat benda yang pelik2 seperti.......
Sebelum bunga api dibakar, baik bergambar dulu..

Main Bunga api sampai tak ingat dunia...bukan main seronok lagi
Umur budak2 UNIMAS ni majoriti dah masuk 18 tahun, tapi perangai memang macam budak-budak. Kami pun tak tahu malu main bunga api depan org ramai pesal org lain pun tak kesah kami perangai macam budak-budak. Conclusion nya kan, sumpah kami memang syok n happy teramat sangat kuar malam semalam. Entah bila nak main bunga api lagi selain waktu macam ni, kan?

Writer nak wish "Good Luck For The Second Round Midterm, All Your Best!"

3 comments:

Leave your comment :)

Blogger Widgets