Khairy Writer: Tutorial Genius - Tutorial Tanggal Spender

You're Welcome

Followers

17 October, 2011

Tutorial Genius - Tutorial Tanggal Spender

ni tutorial yang dikongsi oleh rakan blogger

Disclaimer: The content of this entry contains adult material. You must be 18 years of age to view it.

Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjadi seorang pengguna-spender-pemalas yang hebat!

"Saya kacak..

..saya berkerjaya..

tapi saya malas tanggal spender." =_=

Perkara ini benar-benar berlaku. Kadang-kala, baru nak terlelap, baru perasan - belum tanggal spender. Bagi pengguna boxer, tarahal la..lu tanggal seluar, lu tido. Bagi yang ber-spender ni lain pula ceritanya. Kalau kau tanggal seluar, tinggalkan spender dan terus tidur, member kau akan benci kau.

Masalah ini berlarutan bila kau baru nak bogel, ko perasan ada member tengah jeling mata kecil macam ni.

kau takkan teruskan pembogelan.
Towel kau pulak kat railing luar. Nak keluar, kau cuak sebab semalam ade orang terjun bangunan mati putus kepala. Kau tak boleh bogel sebab ada member belum tido, kau takut nak ambil towel. Pilihan seterusnya, kena pergi toilet. Tapi toilet pulak ade orang cirit dah lame tak keluar..mungkin pengsan dalam tu..

Jadi disini inginlah saya berkongsi kehebatan saya yang telah saya pertontonkan pada rakan2 terdekat di utp dan di rumah sewa semasa intern ni. Bukan nak belagak tapi diorang memang impress dengan kehebatan ini dan masing2 sedang masih mencuba memasterkan teknik ini..


Now the first step

Berdiri tegak ke-arah mana2 yang anda suka.

Thigh hitam itu tipu. saya tak pakai thigh kat rumah tapi nanti kalau dr shark baca dia bising. Hahaha

Londehkan kedua-dua sisi spender ke bawah paras paha anda.
Lagi londeh lagi bagus.
Pastikan cawat seluar yang anda sedang pakai dicecahi oleh spender.
Kaler merah indicate spender yang belum bebas.

Next, tarik sisi spender sebelah kiri melepasi lutut.
Kaler hijau indicate spender yang telah meloloskan diri.

Done?
Teruskan penanggalan spender melepasi betis anda.

Below is the most challenging part.
perlahan-lahan cungkik kaki anda supaya memberi kebebasan pada spender untuk melepasi jari-jari kaki anda.

Amaran: Jangan push kekuatan getah spender itu
nanti spender anda jadi macam iklan kurus - sebelum dan selepas.

Anda berjaya?!

Kini anda boleh biarkan spender itu di bawah buku lali dan anda boleh buat pelbagai jenis tarian kerana selepas ini tiada lagi step yang sukar.
Seterusnya, simple. Anda hanya perlu melepasi bulu2 kaki sahaja..

Setelah itu, goyang-goyangkan pinggang supaya spender pergi ke arah kanan, di mana spender masih lagi melekat pada kaki kanan.
Biar spender jatuh atas kaki..

Swing kaki anda ke arah bakul baju busuk atau washing machine dan anda terus boleh tidur dengan bebas tanpa sangkar burung itu lagi..

Selepas beberapa kali percubaan secara berdiri, anda disyorkan untuk buat secara baring pula. Dah terel nanti, sambil makan dan bersukan pun boleh.

Sebarkan tutorial spender ini kepada kawan-kawan seperti mana anda sebarkan video tutorial hijab hana tajima dan tutorial makeup maria elena..

Selamat mencuba!

credit to : http://mcmbodoje.blogspot.com/
owner : ayie aka nyei


apa kata anda..?

3 comments:

Leave your comment :)

Blogger Widgets