Khairy Writer: First Time Kena Saman JPJ

You're Welcome

Followers

28 January, 2012

First Time Kena Saman JPJ

Apa khabar semua?? Lama dah Khairy Writer tak blogging lagi.
Btw, kali ni khairy nak cakap pasal experience kena saman JPJ.

Semalam, hari Jumaat petang bersamaan dengan 27 Januari 2011. Entahlah, hari yang tak bernasib baik buat Khairy mungkin.

Khairy nak teman sahabat Khairy, nama Hafiz Zulkifli..sebab nak pergi Celcom Center buat pendaftaran semula sim card. So, kami pilih center dekat Pending sebab nak dekat dan jimat masa.
Dia pun request Khairy, kalau nak pergi sekali, belanja minyak motor, RM5.00 pun cukup. Khairy takde masalah. Ok je kalau 5 ringgit tu kira murah and tak payah nak collect bayar sewa kereta sekali. Pakai kancil je pun. RM 5.00 boleh pusing satu bandaraya Kuching kan??

Sahabat Khairy yang sekali haritu, ada Hafiz, Syazwan, Rafiee...kita empat orang je naik kancil nak pergi Kuching. So, sebelum pergi Kuching, singgah Petronas kejap sebab nak isi minyak.

Pump Attendance : Isi berapa bang?
Khairy                  : Kasi lima pun cukup.
Pump Attendance : Ok bang, dah boleh isi.
Khairy                  : (Dia panggil aku abang, tua sangat ka aku ni??)

Tengah-tengah bermonolog, dah habis pun isi 5 ringgit dalam kereta. Kereta pun dah habis isi, so K.I.T.A. JALAN KE PENDING.. Hujan lebat time tu, habis basah baju aku, kereta tu bocor sikit kat bahagian bumbung. Punya banyak problem betul lah kereta kancil tu.

Dah sampai Celcom Center...Alhamdulillah. Sampai ke tempat yang nak tuju. Khairy teman Hafiz sebab nak tolong dia daftar. Maklumlah, pelajar ni banyak benda nama FIRST TIME, first time tukar sim, first time naik flight, and FIRST TIME KENA SAMAN JPJ..haha. Lumrah alam, setiap perkara yang berlaku, mesti ada awal dan penghujungnya.

Lepas tunggu giliran (tak lame, kejap je..2 minit). Number giliran Hafiz diannounced, tapi kerusi kat kaunter tu satu je...hurm, pandai2 kaulah Hafiz.

Balik dari Celcom Center, singgah Iglool kejap...nak pergi makan malam, hari masih petang. So, isi perut dulu dengan Pure Chocolate Iglool. Fulamak, enjoy benar petang tu. Sampai sempat tangkap gambar kat Children Corner.

Dah take away Iglool, pakai jalan Sama Jaya nak balik ke UNIMAS, tengok jam pukul 5.30 petang. Jalan jammed, teruk betul jammed semalam. Tengah-tengah sesak jammed kat atas jalanraya tu, tiba-tiba kereta habis minyak. Aduhai, kereta habis minyak!! Situasi yang betul-betul mencemaskan.

Apa nak buat ni?? Kita org pun tolak kereta ke tepi. Khairy pulak naik motor sorang mamat ni sebab nak mintak tolong beli minyak motor. Tapi, masalahnya sikda Helmet....bro. xP Lantaklah, janji sampai Petronas and dapat beli minyak.

Tiba-tiba, tengah on the way g stesen minyak, jumpa JPJ tengah buat road block. Kesian sangat-sangat, Khairy kena saman sebab Tidak Memakai Helmet Sebagai Pembonceng Motorsikal. Khairy ingat Khairy sorang je kena saman, rupa-rupanya Mamat tu pun takde lesen. Punyalah dua-dua kena tahan polis, sorang tak pakai helmet, sorang tak ada lesen motor. Kan bagus kalau aku je yang bawak motor?? Hurm.... teruk betul Teknik Berfikir aku ni..

Lepas kena saman jpj, balik ke kereta sewa. Jumpa Madam Aaliyawani dengan Miss Dzety kat kereta sewa tu. Kenapalah diaorg datang akhir sangat, tak perlulah aku nak susah2 pergi beli minyak sampai kena saman JPJ. Mamat tu pulak mintak duit sebab dah tolong kita belikan minyak jugak. Takpelah bang, kami dapat tolong abang bayar separuh je. RM50.00 boleh tak bang?? Abang tu pun Ok jelah..

Dalam case ni, Khairy nak ucap terima kasih banyak-banyak pertama sekali kepada lecturer Physics yang kiut sangat, Madam Aaliyawani dgn Miss Dzety sebab tolong belikan minyak free pulak tu. Terima kasih jugak kepada Mamat punya motor sebab menghabiskan duit kami sebanyak RM54.00 (plus minyak sekali). Punyalah kedekut abang tu.

Terima kasih jugak buat abang JPJ sebab tak faham perasaan Kereta Student Tengah Habis Minyak, punyalah strict sangat kerja kau!! Bagus sangat lah kerja kau, bawak pergi matilah terus. Motor lepas aku kau tak nak ambil peduli pun??? Kenapa tak tahan Apek yang tak pakai helmet tu?? Kasi lepas je dia!! JPJ Bangsat!! Makan Gaji buta!!

And last but not least, terima kasih kepada sahabat yang time senang, sama -sama gembira. Time susah, sama-sama susah dan saling tolong menolong. Mungkin suatu hari nanti kita boleh unite saman balik abang tu sebab makan gaji buta kan?? haha..just kidding. Mungkin dah mati sebab dibunuh Mamat Motor tu dulu..haha

Sweet Moment last forever.... ~H.S.R.I.B.K~

No comments:

Post a Comment

Leave your comment :)

Blogger Widgets